Kemerdekaan Catalonia
Kemerdekaan Catalonia

Kemerdekaan Catalonia

Pergerakan kemerdekaan Catalonia (Bahasa Catalan: independentisme català; Bahasa Sepanyol: independentismo catalán atau secesionismo catalán) adalah pergerakan awam dan politik yang berasal daripada fahaman nasionalisme Catalonia yang bertujuan menuntut kemerdekaan negeri ini daripada kerajaan Sepanyol.Perang Warisan Sepanyol pada tahun 1714 menamatkan autonomi Catalonia dengan kuasa memerintah diserahkan kepada kerajaan Sepanyol di bawah Perintah Nueva Planta. Dari tahun 1932, Generalitat Catalonia dihidupkan semula dan mencapai kuasa autonomi lebih besar, namun kemenangan golongan Nasionalis di Perang Saudara Sepanyol yang diketuai Jeneral Francisco Franco pada tahun 1938 mengurangkan kuasa memerintah sendiri Catalonia sekali lagi secara ketara. Kematian Franco pada tahun 1975 membawa kepada pemulihan demokrasi di Sepanyol serta penggubalan Statut Autonomi Catalonia 1979. Parti-parti politik Catalonia pada ketika itu lebih tertumpu kepada penuntutan kuasa autonomi yang lebih meluas berbanding dengan kemerdekaan. Statut Autonomi 2006 menggantikan undang-undang yang digubal pada 1979, tapi sebahagian daripada undang-undang ini telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Keadilan Sepanyol sebagai melanggar perlembagaan negara tersebut pada tahun 2010. Pada bulan November 2015, presiden Catalonia iaitu Carles Puigdemont mengumumkan sebuah pungutan suara terhadap kemerdekaan yang bakal diadakan pada 1 Oktober 2017. Kerajaan Sepanyol menentang sebarang tindakan yang membawa kepada tujuan kemerdekaan ini dan telah mengisytiharkan pungutan suara tersebut "menyalahi undang-undang", namun demikian referendum tersebut tetap dijalankan pada tarikh tersebut. Sebanyak 90% undi yang dibuang menyokong kemerdekaan wilayah ini dengan kehadiran pengundi sebanyak 43% - parti-parti politik tempatan yang menentang kemerdekaan menggesa agar khalayak ramai tidak turut serta dalam referendum ini.Berdasarkan keputusan pungutan suara ini, Parlimen Catalonia meluluskan sebuah usul menyatakan penubuhan sebuah Republik merdeka secara unilateralnya pada 27 Oktober 2017. Undian yang dibuang bagi meluluskan usul ini dikira tidak sah oleh para peguam yang berkhidmat dalam Parlimen ini atas sebab melanggar keputusan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.[1][2][3]

Rujukan

WikiPedia: Kemerdekaan Catalonia http://www.cronica.cat/noticia/Lultima_batalla_del... http://www.lavanguardia.com/politica/20171027/4323... http://www.ppcatalunya.com/ http://libro.uca.edu/herr/ms03.htm http://www.20minutos.es/noticia/3171812/0/letrados... http://www.elmundo.es/cataluna/2015/07/02/55948350... http://www.elmundo.es/cataluna/2017/10/27/59f2feaf... http://www.ciudadanos-cs.org/ https://books.google.com/books?id=H0p-AgAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=j5mFAAAAMAAJ&dq=...